saya selaku student UPM *universiti paling mewah*
nampaknya sudah 3 sem saya berada di bumi upm. apa perasaan saya? tak tau nak describe macam mana. bangga bergelar mahasiswa sebenarnya. walaupun berbekalkan 2A saja masa spm, saya dapat masuk u jugak.. alhamdulillah. course kimia pulak, bunyi macam hebat lah konon nya.saya memang suka kimia biar pun tiap2 hari ada lab, tapi kimia saya dapat berapa ye untuk 3 sem ni?? astagfirullahhalazimmmmmmmm, mengucap panjang.
sem ni lab banyak sangat, 3 hari ada lab. hari selasa class sampai malam. tapi class malam tak stress, enjoy je. lab report jangan nak kata lah, tinggi gunung everest menimbun. sekarang jam sudah menunjukkan pukul 12.37 tapi saya masih hold pen and write something untuk report physics saya, saya gigih orang nya. haha.
esok pulak saya nak pegi riang ria dengan member2 saya yang sedikit masuk air dan sengal tu. cadangnya nak pegi layan movie kat alamnda lepas lab physics. doakan kami boleh tengok movie yep. dah ketagih ni. heee.
macam tu lah saya sebagai mahasiswa, seronok jugak. jadi lah mahasiswa ye, hihi.